BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 3, 2010

Bas Sekolah


Feb 1, 2010
aku berkesempatan ikut xpdc Datuk Ramzi turun padang melawat Parlimen Kuala Krai.. perjalanan kira-kira sejauh 180km pergi balik ke 4 buah kawasan; Guchil, Laloh, Dabong dan Kuala Geris.. Aturcara program bermula jam 8.30 pagi makan-kmakan dekata Dataran Peladang sambil menunggu rombongan yang disertai oleh pelbagai agensi di Bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asa Tani.. Ramai jugakla yang berkonvoi hari tu, ade dekat 10 buah pacuan 4 roda.

Pihak media yang mengikuti rombongan termasuklah Berita Harian, Sinar Harian (Abe Man) dan TV3 (Abe Led dan Abe Di). Kami naik 4x4 yang disediakan oleh pihak Kesedar dan dipandu oleh Abang Zaid.

Perjalanan dimulakan pada jam 10 pagi.. Mula-mula datuk ke Guchil melihat perusahaan membuat makanan kering dan ringan. Hmm, tak sangke aku buat maruku dan buah rotan boleh menjana pendapatan RM20,000 sebulan! Kami hanya singgah di sini lebih kurang setengah jam kerana perjalanan masih lagi jauh.. ada 3 buah temapt lagi yang perlu dilawati.

Tempat keduaialah di Kampung Laloh, melawat penternakan lembu dan kambing secara lepas bebas.. Mang aih, banyak bona lombu eh! ado la dokek2 80 eko! Penternak jalankan secara ternakan berkelompok dengan 5 orang adik-beradiknya.. Bermula dengan 25 ekor lembu, Pejabat Haiwan telah menambah kira-kira 52 ekor lembu dan 20 ekor kambing bagi membantu penternak yang dilihat mempunyai keupayaan memajukan penternakannya.

Kemudian, kami ke PPK Stong melihat pembenihan ikan keli. Tempat penternakan yang berlatarbelakangkan air terjun Gunung Stong! Waahhhh, cantiknyeee! Kalau laa aku bleh tinggal kat sini kan best! huhu.. Penternak menggunakan 100% sumber air semulajadi bagi tujuan pembenihan ikan.. Pertama kali aku tengok ikan keli sepanjang 1 meter sebagi induk.. huhu

Xpdc berehat seketika makan tengah hari di Pak Ayub Cafe.. aku ingatkan gerai bias, tetapi tanggapan aku silap. Kami dijamu dengan ikan sungai (masak ape aku tak tahu, yang aku tahu melantak je.. hehe) dan tomyam.. keknyangan di tahap melampau sampaikan aku tersengguk-sengguk di dalam 4x4 tahan mengantuk.. hehe..

Antara pengalaman yang tak dapat aku lupakan semasa singgah menunaikan solat Zuhur di Kuala Geris sebelum Datu melepaskan benih ikan lampam di Kampung Jenal. Masjid tersebut yang terletak berhadapan Sekolah Kebangsaan Kuala Geri dan kebetulan masa tu, pelajar sedang menunggu 'bas' sekolah untuk pulang ke rumah.

Inilah pertama akli aku melihat bas sekolah yang unik; menggunakan traktor dan 'treler' (bahagian belakang traktor yang diubahsuai untuk mengangkut buak kelapa sawit sebenarnya). Mengikut cerita, pernah berlaku kemalangan yang meragut nyawa seorang pelajar 3 tahun lepas apabila mangsa yang bermain di bahagian belakang treler tersebut tanpa pengawasan, terjatuh lalu digilis oleh traktor.

Pihak ladang yang menyediakan perkhidmatan tersebut secara percuma mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat pengadang besi dan bumbung, juga ditambah dengan pengawal bagi menjaga pelajar daripada berlaku kejadian yang sama.

Hmm, tak sangka aku masih lagi ada tempat yang mundur.

Selepas itu, xpdc berangkat ke Kampung Jenal melepaskan benih ikan lampam. Kira-kira 30,000 ekor benih ikan disediakan.. perjalanan ke sana mengambil masa kira-kira 15 minit mudik ke hulu menggunakan bot galah.. agak takut jugalah kerana tiada jaket keselamatan disediakan..

Kesain dekat Datuk dan Abe Jalal basah kuyup kena air yang memercik masuk ke dalam bot.. nak je aku bagi beg yang aku bawa untuk cover air tu, tp disebabkan perjalanan balik yang mengambil masa 5 minit, aku batalkan niat..

Pertama kali aku melihat pemimpin berjiwa rakyat macamDatuk Ramzi, yang sanggup turun padang.. sama-sama letih dengan kami melihat kejayaan penduduk..

Pukul 5 petang, xpdc bertolak pulang ke Krai Krai.. samapi di rumah, aku merasa satu keletihan yang amat sangat.. duduk di bahagian belakang di tengah-tengah 4x4 dalam keadaan yang tidak selesa.. sakit badan beb! 2 hari baru aku dapat recover balik.. hehe..

Apa pun, xpdc sehari bersama Datuk Ramzi meninggalkan 1001 kenangan.. Walaupun hanya dari pagi ke petang, tapi pengalaman yang ditempuhi cukup bermakna..

Terima kasih datuk.. nak turun padang lagi jangan lupa jemput saya. hehe =)