BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 29, 2010

Ibu yakin SMS bukan daripada anak

Normah percaya pelajar pintar dilarikan pihak tidak bertanggungjawab

Oleh Safuri Kamarudin dan Mohd Fakri Awang Lah
bhnews@bharian.com.my
2010/03/29

BALING: Ibu kepada Halimaton Abd Rashid, 15, pelajar pintar yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu, yakin khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterimanya kelmarin, bukan ditulis anaknya berdasarkan gaya bahasa dalam SMS itu.
Normah Abdul Mutalib, 46, berkata gaya bahasa dalam SMS itu agak janggal kerana kebiasaan Halimaton membahasakan dirinya ‘cek’ (saya dalam loghat Kedah) jika berhubung dengannya sama ada bercakap atau SMS. "Saya tidak percaya anak saya yang hantar SMS itu kerana anak saya tidak membahasakan dirinya "Dik Ton" (seperti dalam SMS itu) jika bercakap malah dalam SMS pun dia tulis begitu.

"Saya yakin orang lain yang hantar SMS itu. Besar kemungkinan dihantar orang yang melarikannya," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Normah juga percaya, anaknya tidak melarikan diri atas kehendak hatinya kerana Halimaton tidak pernah menunjukkan perubahan tingkah laku sebelum kejadian itu berlaku.

Katanya, Halimaton tidak pernah keluar berseorangan selain tidak menunjukkan perubahan sikap malah sering mengulangkaji pelajaran setiap kali pulang dari sekolah sebagai persiapan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.
"Sebagai ibu, naluri saya mengatakan Halimaton dilarikan orang tidak bertanggungjawab.

"SMS yang saya terima mengatakan anak saya sudah berkahwin juga amat menyedihkan kerana Halimaton adalah satu-satunya harapan saya untuk mengubah nasib keluarga," katanya.

Katanya, sejak kehilangan Halimaton beliau selalu sakit-sakit dan tidak terdaya.

melakukan kerja kerana terlalu rindukan anak kesayangannya itu.
Semalam akhbar ini melaporkan, Halimaton mendakwa sudah berkahwin dengan seorang pemuda berasal dari Langkawi berusia 19 tahun dan kini menetap di Kuala Krai, Kelantan.

Sementara itu, Pegawai Agama Jajahan Kuala Krai, Alias Abdul Rahman, ketika ditemui, berkata setakat ini pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung dakwaan pasangan remaja itu berada di sini.


Wednesday, March 17, 2010

Panik rakan tenggelam

Oleh Mohd Fakri Awang
am@hmetro.com.my
2010/03/17

KUALA KRAI: “Kami semua panik kerana tidak tahu berenang. Saya juga turut tenggelam dan berada berhampiran Wan Suzaimi sambil dapat berasa dia memijak bahu ketika kejadian itu.

“Apabila timbul semula, saya dapati mangsa sudah tiada dan seorang lelaki datang menyelamatkan kami yang sedang terkapai-kapai di sungai berkenaan,” kata Mohd Hafifi Mohd Rahim, 13, selepas dua rakannya, Wan Suzaimi Wan Ali, 13, dan Mohd Irfan Mustafa, 13, ditemui lemas selepas mandi dalam kejadian di Sungai Lebir, dekat sini, jam 1.20 tengah hari semalam.


Mohd Hafifi berkata, sebelum kejadian mereka ke Kampung Karangan, Kuala Krai pada sebelah pagi untuk menyertai perlawanan bola sepak antara kampung.


Katanya, mereka kemudiannya ke sungai terbabit kira-kira jam 12 tengah hari untuk mandi sebelum menyusuri sungai itu untuk pulang ke kampung yang terletak berhampiran sungai.


“Pada awal menyusuri sungai itu, paras airnya hanya pada tahap lutut saja, namun apabila tiba ke tempat kejadian, kami terjerlus ke bahagian lebih dalam,” katanya, semalam.


Dalam kejadian itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pahi, Wan Suzaimi dan saudaranya, pelajar SMK Sultan Yahya Petra 1, Mohd Irfan dari Kampung Manjor mati lemas di tempat kejadian, dipercayai terjerlus di bahagian dalam di sungai berkenaan.

Sertai komuniti myMetro


Layari »

Panik rakan tenggelam

Oleh Mohd Fakri Awang
am@hmetro.com.my
2010/03/17
E-mel  Artikel Cetak  Artikel Tanda  Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen  Artikel

KUALA KRAI: “Kami semua panik kerana tidak tahu berenang. Saya juga turut tenggelam dan berada berhampiran Wan Suzaimi sambil dapat berasa dia memijak bahu ketika kejadian itu.

“Apabila timbul semula, saya dapati mangsa sudah tiada dan seorang lelaki datang menyelamatkan kami yang sedang terkapai-kapai di sungai berkenaan,” kata Mohd Hafifi Mohd Rahim, 13, selepas dua rakannya, Wan Suzaimi Wan Ali, 13, dan Mohd Irfan Mustafa, 13, ditemui lemas selepas mandi dalam kejadian di Sungai Lebir, dekat sini, jam 1.20 tengah hari semalam.


Mohd Hafifi berkata, sebelum kejadian mereka ke Kampung Karangan, Kuala Krai pada sebelah pagi untuk menyertai perlawanan bola sepak antara kampung.


Katanya, mereka kemudiannya ke sungai terbabit kira-kira jam 12 tengah hari untuk mandi sebelum menyusuri sungai itu untuk pulang ke kampung yang terletak berhampiran sungai.


“Pada awal menyusuri sungai itu, paras airnya hanya pada tahap lutut saja, namun apabila tiba ke tempat kejadian, kami terjerlus ke bahagian lebih dalam,” katanya, semalam.


Dalam kejadian itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pahi, Wan Suzaimi dan saudaranya, pelajar SMK Sultan Yahya Petra 1, Mohd Irfan dari Kampung Manjor mati lemas di tempat kejadian, dipercayai terjerlus di bahagian dalam di sungai berkenaan.


Bagaimanapun, enam lagi rakan pasukan bola sepak yang turut terjerlus berjaya diselamatkan seorang lelaki yang kebetulan memancing di tebing sungai berkenaan.


Mayat pertama, Wan Suzaimi, ditemui jam 4 petang, manakala rakannya, 15 minit kemudian di tempat kejadian. Semua mayat dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk bedah siasat.


Kakak tiri Wan Suzaimi, Rosmawati Othman, 32, berkata adik tirinya itu keluar sekitar jam 7.30 pagi bagi menyertai perlawanan bola sepak itu.


Katanya, dia mendapat tahu mengenai kejadian itu daripada rakan mangsa sebaik saja masuk waktu solat Zuhur.


Sunday, March 14, 2010

Maulud & Tidur

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam..

Khamis,

Pagi-pagi buta Kak Z dah call cakap ada kebakaran kat Guchil 6.. maka aku menjadi manusia paling rajin bangun pada pagi tersebut.. mana taknya, pukul lima pagi dah tercongok kat scene! pukul 12.30 baru balik dengan tak mandinya, sembahyang tak tahu ke mana.. adesss.. Sampai je kat umah, aku mandi dan qadha' Subuh, kemudian sambung ketuk story sampailah pukul 3.30 petang. ingat nak tidur, tp mata ni liat pulak.. hmm.. takpelah, malam ni bileh tidur puas-puas (tapi tercapai ke cita-cita aku nak tido awal?) Sudahnya, pukul 12 malam baru aku dapat tidur.. ~wink!~

Jumaat,

Pukul lapan pagi aku dah ke pasar. Dengan muka mengantuk ala-ala baby kecik tak cukup tidur, aku gagahkan diri jugak drive. Dah la pagi-pagi lagi hujan.. masa yang sangat sesuai untuk tidur sebenarnya. Tapi takpelah, bukannya selalu Ummi buat kenduri.. ni pun kenduri aku jugak.. huhu

Sabtu,

Pukul tujuh pagi, ketika insan lain masih lagi dalam selimut semasa hujan turun mencurah-curah, aku ke pasar lagi. Kali ni untuk ambil daging yang ditempah semalam (main hujan lagi).. huhu..

Angah dah bertolak dari Penang pukul lima pagi tadi, langsung ke rumah Along kejap, ambil family Along. Nampak gaya, aku la yang kena organize kenduri.. letih, letih, dan letih...

Pukul 11, Along ngan Angah sampai.. lega tol! Ada jugak yang akan tolong aku nanti. Saat yang ditunggu-tunggu. hahahaha... (mane aci, asyik aku je yang kena kerja lebih.. cesss) =D

Sabtu (Maghrib),

Selesai sudah majlis Maulud kat umah semalam. Akhirnya, nazar Ummi terbayar.. Nazar nak makan kambing kalau aku ngan Achik dapat kerja. Ramai jugakla Ummi jemput orang.. start lepas Zohor ke Maghrib orang masih datang berkunjung..

Saudara aku tak ramai yang datang.. Pok Pin pun tak datang. Mungkin sebab dia masih lagi sakit.. Walau apa pun, kenduri semalam berjalan dengan lancar.. Hari-hari yang meletihkan sudah pergi.. nak sambung tidur kejap.. huhu =D

Saturday, March 13, 2010

Polis Tembak Kepala Sendiri

Oleh Mohd Fakri Awang Lah

2009/12/29

KUALA KRAI: Tidak sampai sebulan kejadian bunuh diri membabitkan seorang anggota polis berpangkat sarjan, satu lagi kes sama membabitkan anggota berpangkat Lans Koperal berlaku di Berek Bujang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), semalam.

KUALA KRAI: Tidak sampai sebulan kejadian bunuh diri membabitkan seorang anggota polis berpangkat sarjan, satu lagi kes sama membabitkan anggota berpangkat Lans Koperal berlaku di Berek Bujang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), semalam.

Kejadian jam 1.30 tengah hari itu berlaku selepas mangsa, M Vavu Nesan, 26, menembak dirinya menggunakan pistol jenis Walter P99 sebelum mayatnya ditemui dengan kesan kecederaan di leher dan muka selepas senjata berkenaan dipercayai diacukan dari belakang sebelum peluru menembusi bahagian mukanya.

Setakat ini, polis percaya kejadian berlaku akibat bunuh diri dan mangsa dikatakan mengalami masalah peribadi.


Insiden yang dianggap serius itu menyebabkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi turun padang dengan melihat mayat mangsa di bilik mayat Hospital Kuala Krai.

Abdul Rahim berkata, mangsa bertugas sejak empat tahun lalu di Balai Polis Kuala Krai dan kejadian itu hanya disedari selepas beberapa anggota yang berada di kawasan berhampiran terdengar bunyi tembakan.

"Ini kejadian kedua selepas kejadian pertama dilaporkan Gua Musang pada 9 Disember lalu. Dalam tempoh sebulan, dua kejadian bunuh diri berlaku membabitkan anggota polis dan perkara ini serius," katanya pada sidang media, semalam.

Beliau berkata demikian ketika melawat mayat mangsa sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Alor Gajah, Melaka.

Menurutnya, semua anggota perlu mempunyai jati diri kuat dan tidak mengambil keputusan singkat sebagai jalan penyelesaian terakhir kerana tindakan itu merugikan.




"Saya akan mengadakan pertemuan dengan pegawai berbangsa India dalam masa terdekat untuk menyelesaikan masalah ini. Lagipun anggota polis berketurunan India termasuk pegawai kanan dan lain-lain pangkat hanya berjumlah 30 orang di Kelantan," katanya.


Jeritan Dinihari

Oleh Mohd Fakri Awang Lah
am@hmetro.com.my
2010/03/12

KUALA KRAI: Sembilan individu terselamat selepas lapan bangunan termasuk sebuah pasar raya, lima kedai dan dua rumah terbabit dalam kebakaran di Guchil Enam, dekat sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu disedari penduduk berdekatan kawasan terbabit sejurus melihat api menjulang dalam pasar raya berkenaan.


Zunainah Hussin, 35, berkata ketika kejadian, dia bersama dua anak, Mohd Faris Bustaman, 10, dan Mohd Hafiz, 8, bersama anak saudaranya, Nurul Afiqah Kamaruddin, 21, sedang tidur dalam kedai.


Katanya, jeritan beberapa penduduk sekitar jam 4.30 pagi yang mengarahkan keluar dari bangunan terbabit menyelamatkan mereka empat beranak.


“Saya menyalakan lilin kerana bekalan elektrik terputus lalu mengejutkan kedua-dua anak dan anak saudara keluar.


“Saya tidak sempat menyelamatkan barangan dan semuanya musnah dijilat api. Kerugian dianggarkan RM30,000,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Abdullah Zawawi Abdul Rahman, 36, pemilik Awie Bridal Collection berkata kebakaran itu menyebabkannya kerugian lebih RM200,000.


“Terdapat kira-kira 400 pasang baju pengantin dalam kedai ketika kebakaran berlaku dan beberapa pasang baju sudah ditempah pelanggan untuk digunakan pada majlis perkahwinan sepanjang cuti sekolah bermula esok (hari ini),” katanya.


Sementara itu, Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Che Mohd Fauzi Che Omar, berkata seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang dan Kuala Krai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 4.32 pagi.


“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku,” katanya.


Maulidur Rasul

Dijemput hadir ke majlis kenduri Maulidur Rasul di rumah saya selepas Zuhur, hari ini. Kedatangan tuan2 dan puan2 amat2 dialukan
=D

Tuesday, March 9, 2010

Kanak-Kanak Ribena


8 Mac 2010..
Umurku genap 22 tahun, perlahan meninggalkan zaman remaja.. waktu yang ku rasakan cukup ber'serabut' dengan masalah.. masalah yang dicipta sendiri, yang hadir tanpa diundang, dan, dan, dan...

Harapnya, ada perubahan tahun ini.. melangkah ke alam dewasa, fikiran perlu matang.. tiada lagi 'kanak-kanak ribena'.. Insya Allah..


Wednesday, March 3, 2010

Mayat Bayi Di Bakar Dalam Tong



Bahagian anggota badan, kaki terpisah ditemui rentung dalam bekas sampah MDK

Oleh Norliza Wasilan dan Fakri Awang Lah [bminggu@bharian.com]

KUALA KRAI: Tidak berperikemanusiaan! Inilah selayaknya menggambarkan perbuatan kejam berikutan penemuan mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dipercayai baru dilahirkan, yang hampir rentung dalam sebuah tong sampah Majlis Daerah Kuala Krai (MDK), di belakang sebuah bank, di Jalan Tengku Zainal Abidin, semalam.

Lebih menyayat hati, biarpun bayi berkenaan cukup sifat, namun keadaan mayatnya cukup mengerikan apabila bahagian anggota badan dan kakinya ditemui dalam keadaan terpisah dalam tong sampah berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani, berkata pihaknya menerima laporan pekerja MDKK pada jam 11.25 pagi semalam yang menemui mayat seorang bayi berada di dalam tong sampah berkenaan ketika melakukan rutin hariannya di kawasan berkenaan.

Katanya, berdasarkan siasatan, dipercayai mayat bayi itu dibuang selepas 24 jam dilahirkan dan dibakar dipercayai bagi menghapuskan bukti.

"Pekerja terbabit segera memaklumkan kepada anggota polis yang membuat rondaan bermotosikal apabila ternampak mayat bayi terbakar. Bayi itu dipercayai berusia satu hari berdasarkan uri dan tali pusat masih ada pada badan bayi itu.

"Bayi itu hangus daripada pinggang ke bawah dan berdasarkan maklumat diterima, pihak kami percaya tong berkenaan dibakar sejak pagi semalam (kelmarin) bertujuan menghapuskan bukti," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, di sini, semalam.

Pada Rabu lalu, kes buang bayi dilaporkan di Kampung Permatang Duyong, Melaka manakala sehari sebelum itu, satu kes turut berlaku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Satu lagi kes dilaporkan berlaku di Kedah, Isnin lalu.

Abdul Rahim berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya, sama ada dibunuh sebelum ataupun selepas kejadian.

"Pihak polis meminta bantuan orang ramai dan klinik swasta supaya menyalurkan maklumat berhubung kejadian itu," katanya.

Sementara itu, pekerja kontrak MDKK, Abdul Rahman Husin, 29, yang mendakwa melihat mayat bayi berkenaan di dalam tong sampah ketika melakukan rutin harian memungut sampah berkata, dia bersama dua rakan sekerjanya terkejut sebaik melihat mayat bayi berkenaan bersama longgokan sampah yang dibakar di dalam tong MDKK.

Menceritakan pengalamannya, beliau berkata ketika mahu mengiringkan tong sampah berkenaan dan seakan tidak percaya bahawa objek yang bergolek di dalamnya adalah seorang bayi cukup sifat. Ketika ditemui jam 11 pagi, ia hanya melecur pada bahagian kaki dan bara api masih ada.

Bicara Soal Hati


Hmm..
Dalam dilema..
Tak tahu nak pilih..
Dua-dua aku sayang..
Ya Allah, berilah petunjukmu!

Tuesday, March 2, 2010

2 guru maut tak sempat ke sekolah


Oleh Mohd Fakri Awang Lah, Nor Hazwani Hamat dan bhkb@bharian.com.my

KUALA KRAI: Dua guru yang mengajar di Gua Musang maut, manakala seorang lagi cedera apabila kereta dinaiki mereka bertembung sebuah bas membawa pelajar universiti ketika dalam perjalanan ke sekolah dekat Pahi di sini, awal pagi semalam,


Dalam kemalangan kira-kira jam 5.10 pagi di Kilometer 80.6 Jalan Kota Bharu-Gua Musang itu, guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Hendrop, Rosdi Ismail, 32, yang juga penumpang depan, mati di tempat kejadian.


Rakannya yang juga guru di SK Pos Brooke, Wajidi Mayushoh, 32, mati ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Kuala Krai (HKK) kira-kira jam 8 pagi, manakala pemandu kereta, Abd Halim Mustapa, 27, cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar di HKK.

Pemandu bas yang membawa 12 penuntut Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) dari Shah Alam yang bertembung dengan kereta mangsa terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani, berkata ketika kejadian, tiga guru terbabit dalam perjalanan ke sekolah masing-masing yang terletak di sekitar Gua Musang, manakala bas MSU dalam perjalanan menghantar sekumpulan penuntut kejururawatan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

"Siasatan awal mendapati, Abd Halim dipercayai tidak dapat mengawal kereta Perodua Kancil apabila sebuah kereta berada di hadapannya, dikatakan tiba-tiba membrek untuk mengelak daripada berlanggar sekumpulan lembu.

"Cubaannya mengelak daripada terlanggar kereta yang membrek di depannya, dipercayai menyebabkan Perodua Kancil yang dinaiki itu termasuk ke laluan bersebelahan sebelum bertembung dengan bas,” katanya.


Ab Rahim berkata, mayat kedua-dua mangsa dimasukkan ke Rumah Mayat HKK untuk bedah siasat bagi membantu siasatan yang dijalankan sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing.


Jenazah Rosdi yang meninggalkan seorang balu, Nur Eliana Che Mat, 30, dan seorang anak, Amir Wafik Tabrani, 4, dibawa pulang dan dikebumikan di Bukit Jawa, Selising, Pasir Puteh.

Ibunya, Rogayah Daud, 60, berkata Rosdi yang bermalam di rumahnya malam kelmarin, keluar dari situ kira-kira jam 4 pagi dengan menumpang Abd Halim yang tinggal di Peringat, untuk kembali ke SK Pos Hendrop.

"Biasanya dia balik ke Kota Bharu untuk melawat isteri dan anaknya yang tinggal di Pasir Pekan setiap hujung minggu, sebelum kembali ke Gua Musang awal pagi Ahad.


"Pagi ini, dia kelihatan tidak berselera untuk makan, hanya sempat meneguk segelas air kosong sebelum bergegas keluar untuk bertolak ke Gua Musang, selepas bersalam memohon maaf dan mencium saya," katanya.


Katanya, Rosdi baru memulakan tugas sebagai guru di Gua Musang sejak Januari lalu selepas tamat menjalani Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan setakat ini belum sempat menikmati gaji pertama dalam kerjaya barunya itu.


Sementara itu, jenazah Wajidi yang meninggal seorang isteri, Siti Noor Che Jaafar, 32, dan anaknya, Muhammad Hakim, 2, dikebumikan di Kampung Padang Siam, Tanah Merah.


Siti Noor yang juga seorang guru, berkata suaminya berkhidmat di Gua Musang sejak Januari lalu sejurus menamatkan KPLI.


"Setiap minggu, suami pulang melawat saya bersama anak yang tinggal di Pantai Senok, Bachok dengan menumpang rakannya yang turut bertugas di kawasan sama," katanya.