BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 13, 2010

Polis Tembak Kepala Sendiri

Oleh Mohd Fakri Awang Lah

2009/12/29

KUALA KRAI: Tidak sampai sebulan kejadian bunuh diri membabitkan seorang anggota polis berpangkat sarjan, satu lagi kes sama membabitkan anggota berpangkat Lans Koperal berlaku di Berek Bujang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), semalam.

KUALA KRAI: Tidak sampai sebulan kejadian bunuh diri membabitkan seorang anggota polis berpangkat sarjan, satu lagi kes sama membabitkan anggota berpangkat Lans Koperal berlaku di Berek Bujang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), semalam.

Kejadian jam 1.30 tengah hari itu berlaku selepas mangsa, M Vavu Nesan, 26, menembak dirinya menggunakan pistol jenis Walter P99 sebelum mayatnya ditemui dengan kesan kecederaan di leher dan muka selepas senjata berkenaan dipercayai diacukan dari belakang sebelum peluru menembusi bahagian mukanya.

Setakat ini, polis percaya kejadian berlaku akibat bunuh diri dan mangsa dikatakan mengalami masalah peribadi.


Insiden yang dianggap serius itu menyebabkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi turun padang dengan melihat mayat mangsa di bilik mayat Hospital Kuala Krai.

Abdul Rahim berkata, mangsa bertugas sejak empat tahun lalu di Balai Polis Kuala Krai dan kejadian itu hanya disedari selepas beberapa anggota yang berada di kawasan berhampiran terdengar bunyi tembakan.

"Ini kejadian kedua selepas kejadian pertama dilaporkan Gua Musang pada 9 Disember lalu. Dalam tempoh sebulan, dua kejadian bunuh diri berlaku membabitkan anggota polis dan perkara ini serius," katanya pada sidang media, semalam.

Beliau berkata demikian ketika melawat mayat mangsa sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Alor Gajah, Melaka.

Menurutnya, semua anggota perlu mempunyai jati diri kuat dan tidak mengambil keputusan singkat sebagai jalan penyelesaian terakhir kerana tindakan itu merugikan.




"Saya akan mengadakan pertemuan dengan pegawai berbangsa India dalam masa terdekat untuk menyelesaikan masalah ini. Lagipun anggota polis berketurunan India termasuk pegawai kanan dan lain-lain pangkat hanya berjumlah 30 orang di Kelantan," katanya.